Isnin, 28 Mei 2007

Pengumuman!!!

Hanya untuk pengetahuan semua. Oleh kerana saya sekarang hamil dan dijangka bersalin hujung bulan Ogos, sebarang tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri hanya akan diterima sehingga minggu akhir Julai sahaja. Saya bimbang kalau saya terima tempahan lewat, saya tak dapat siapkan mengikut jadual & tertangguh tempahan kerana bersalin. Semoga semua dapat memahami keadaan saya. Jadi hantar tempahan anda segera & awal...Terima kasih.

Tempahan Tulang Belut & Mata Lalat

Saya juga menerima tempahan untuk jahitan leher baju kurung/melayu (teluk belanga) jenis Tulang Belut, Mata Lalat, Silang Pangkah & Kulit Kerang. Harga untuk jahitan Tulang belut RM8.00 dan bagi jahitan Mata Lalat, Silang Pangkah & Kulit Kerang saya kenakan RM 6.00 sahaja. Harga tidak termasuk kos penghantaran. sesiapa yang berminat boleh telifon saya di 019-6175229 (hp) atau 03-77281918 (pej) atau 03-61414157 (rmh-mlm shj.). Sebarang pertanyaan boleh juga email saya di nora_nis@yahoo.com atau reply comment anda didalam blog saya. Terima kasih.

Sabtu, 19 Mei 2007

Jahitan 1 layer tepi kolar & lengan








Ini saya punya 1st, 2nd & 3rd projek (tempahan) sejak starting dlm bulan ini ambil tempahan... Alhamdulillah... puas hati setelah dihasilkan walaupun jahitan simple 1 layer... Harga tempahan untuk kolar & lengan ni sekitar RM35 - RM45 je...

Isnin, 14 Mei 2007

My iklan jahitan

iklan pertama untuk promosi start berkecimpung dlm jahitan ni...

APAKAH ANDA MAHU PAKAIAN ANDA KELIHATAN LEBIH MENARIK???

• Saya ada menerima tempahan jahitan manik dan labuci dengan harga berpatutan mengikut design dan budget yang dikehendaki pelanggan
• Rekaan menarik mengikut kreativiti sendiri atau pilihan pelanggan
• Untuk tempahan Hari Raya, Pertunangan, Pernikahan atau lain-lain
• Tempahan dibuka mulai sekarang dan untuk tempahan Hari Raya terhad sehingga bulan Julai 07.

p/s: Tempahan bukan untuk Hari Raya boleh dipertimbangkan walaupun selepas Julai.
Jadikan Hari Raya anda penuh dengan keceriaan & BERGEMERLAPAN!!!

Sebarang pertanyaan atau tempahan hubungi :
NORA : 019-6175229 atau 03-61414157
Atau email kepada : nora_nis@yahoo.com

Saya akan emailkan kepada anda senarai harga serta contoh jahitan manik & labuci jika berminat.