Selasa, 16 September 2008

Manik Tabur


Sebelum jahit manik tabur.




Manik tabur yang telah siap untuk baju pengasuh baby saya Ita. Ni bahagian lengan je. Bahagian leher belum siap lagi. Tengah dalam proses...



Kebaya Coklat







Baju ni di tempah untuk hadiri persandingan anak Kak Maznah. Tangan dia saya buat manik tabur & badan baju saya highlight simple dengan jelulur 3 manik. Baju ni saya pakai untuk pegi kenduri atau special dinner je. Tapi ingat hari raya ni boleh la jugak melaram dengan baju ni.. Gambar agak gelap, tak nampak warna manik yg sebenar sebab pakai kamera h/p. hu hu hu..



Baju Persandingan Ika


Baju ni untuk bersanding Ika, anak Kak Maznah. Anak dia bersanding bulan May lepas tapi baru sekarang dapat upload gambar. Gambar ni pun cuma pakai kamera handphone je. Gambar sebelum jahit manik & selepas jahit. Bila dah siap jahit satu baju, terlupa pulak nak tangkap gambar keseluruhan baju. Hari tu masa hadir di persandingan anaknya Ika yg dibuat di Dewan Taman Tun Dr Ismail memang cantik dia di atas pelamin dengan pakaian hasil kerja tanganku. chewah...

Khamis, 24 April 2008

Kelas jahitan Asas Manik & Labuci

Kelas Jahitan Asas untuk pakej 1 akan diadakan pada setiap Sabtu atau Ahad. Bayaran dikenakan hanya RM60 sahaja. Waktu kelas dari 10.00 pg hingga 2.00 ptg. Peralatan semua disediakan. Tempat terhad (6 org saja 1 sessi). Sila tempah tempat anda awal. Sila email kepada saya di nora_collection@yahoo.com dan cc ke nrj@shcsb.com.my atau telp/sms ke 019-6175229.

Terima kasih.

Khamis, 13 Mac 2008

Pakej Jahitan Manik

Kelas Asas Jahitan Manik

Pakej 1
12-13 pattern
Bayaran RM60
waktu kelas: 10.00 pg - 2.00 ptg
Peralatan yang diberi untuk bawa pulang : Nota latihan, 1 helai kain, jarum.
Lain-lain peralatan seperti manik, gunting, benang dll disediakan.

Pakej 2
18-20 pattern
Bayaran RM100
waktu kelas: 10.00 pg - 5.30 ptg
Makan tengah hari & minum petang disediakan
Peralatan yg diberi untuk dibawa pulang: Nota latihan, 2 helai kain, jarum, benang, 6 jenis manik.

Kelas Lanjutan Asas Jahitan Manik

10 pattern
Bayaran RM60 (Promosi sehingga 30 April 08)
Waktu kelas: 10.00 pg hingga 2.00 ptg
Peralatan untuk dibawa pulang: Nota latihan, 1 helai kain, jarum.
Manik, benang, gunting dll bahan disediakan.


p/s: Sila beritahu pilihan jenis kelas & pakej untuk tentukan tarikh mengikut jadual yg ditetapkan.

Ahad, 10 Februari 2008

Jahitan Tocang


Ini baju sendiri. Baru siap 2 hari lepas..saya jahit beriring v tocang..hasilnya cantik... tapi cuma sempat jahit kat lengan je. Leher tak sempat jahit lagi sebab manik silver dah habis. nak pakai Isnin ni ke office.ada Lunch sempena Tahun Baru Cina.. Selamat bergaya Nora!!!

Beriring 2 layer



Baju ni kepunyaan Kak Maznah..Dia suruh jahit leher aja. Last week dah bagi dia. inilah hasilnya jahitan beriring 2 layer. Harap Kak Maz puas hati.

Rabu, 9 Januari 2008

Blouse sari







Dah lama tak upload gambar hasil jahitan didalam blog ni. Ni gambar bulan lepas nyer tempahan. Belakang Blouse sari untuk adik officemate saya... Blouse ni untuk dia pakai dengan sari untuk majlis pertunangannya. Gambar tak berapa cantik sebab pakai camera hp je..saya jahit manik tabur mix dengan jelulur 1 manik.mmm sweet..