Selasa, 6 Disember 2011

Kelas Manik

Assalamualaikum semua..kepada sesiapa yg berminat mengikuti Kelas Manik dari Nora Collection, 

1. Kelas Asas Manik & Flora akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 10 & 11 December 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Kota Damansara
Keterangan Kelas : 
Hari pertama, Sabtu, Kelas Asas Manik
Hari Kedua, Ahad, Kelas Flora (Basic Shimmering Flora & pattern2 bunga)
Bayaran : RM 100 
(Deposit RM 50 mestilah dibayar utk pengesahan mengikuti kelas selewat2nya 3 hari sebelum kelas dan baki bayaran mestilah dibayar pada hari pertama kelas)

Jika ingin mengikuti hanya 1 kelas, bayaran seperti berikut:-
Kelas Asas Manik sahaja (Sabtu), RM 60
Kelas Flora Sahaja (Ahad), RM60
(Deposit RM 30 mestilah dibayar utk pengesahan mengikuti kelas selewat2nya 3 hari sebelum kelas dan baki bayaran mestilah dibayar pada hari kelas)

2. Kelas Asas Crumble (4 pattern & Bonus 2 pattern crumble bracelet) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 & 18 December 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Kota Damansara
Bayaran : RM 150 
(Deposit RM 50 mestilah dibayar utk pengesahan mengikuti kelas selewat2nya 3 hari sebelum kelas dan baki bayaran mestilah dibayar pada hari pertama kelas)

Deposit Bayaran mestilah dibayar ke dalam akaun bank Nor Robaniyah binti Jahron seperti berikut:
Maybank : 114188007925
Bank Islam : 14195020087609

Selepas bank-in, sila sms ke no hp: 017-3093567 untuk pengesahan bayaran. Sebarang pertanyaan boleh telifon / sms ke no hp tersebut @ email ke: nora_nis@yahoo.com. Boleh juga PM saya di FB: Nor Robaniyah Ismail.

Nota: Peralatan, sijil & minuman ringan disediakan.

Jumaat, 4 November 2011

Crumble Ct Hajar

Crumble lagi.. Bahagian lengan yg sudah siap di crumble..tinggal renjisan je..
Leher yg siap dengan renjisan..

Tangan yang siap dengan renjisan..
 

Selasa, 28 Jun 2011

Tudung Nikah Dasya

Owner tudung dah selamat pakai pada hari nikahnya 25/6/2011 Sabtu lepas..Jahitan manik & labuci dijahit warna putih + hijau pucuk pisang untuk match dengan baju dan tema nikah..Selamat Pengantin Baru Dasya...

Khamis, 23 Jun 2011

Simple Flower

Sepasangan lengan yg dah siap dgn taburan labuci bunga..
Leher dan siap dgn flower & leaf..90% siap

Leher yg dah complete dengan taburan labuci bunga 

Baju ini dari Kedai Jahit Kak Ina untuk customer dia..katanya nak pattern flower simple but sweet sbb budget x besar..so inilah hasilnya semoga tuan punya baju berpuas hati..

Crumble simple kurung hijau

Simple Crumble Mix color di lengan baju siap sepenuhnya..
Crumble yg sudah siap..tinggal renjisan round beads je..



Sepasang lengan siap dengan renjisan untuk kurung Kak Norlia dr PJ..Alhamdulillah customer puas hati dengan jahitan ni selepas dah serah baju ni padanya..

Isnin, 30 Mei 2011

Manik tabur lagi...Kebaya Labuh

Close-up Manik Tabur 1 manik..
Close-up manik tabur 2 manik..





Kelas Asas Manik & Labuci di Pahang 01/05/2011

Nota Asas Manik & Labuci..tapi tarikh sebenarnya dah ditunda ke 1hb Mei 2011 hr tu..kat nota tu tak tukar tarikh lagi...
Bergambar dengan pelajar2 ku Nabila & Syikin...

Nabila & Syikin..terima kasih kerana sudi belajar dengan Kak Nor ni...nnti akak pos sijil 
Hasil pelajarku Syikin..
Hasil pelajarku Nabila..

Isnin, 16 Mei 2011

Tempahan Baju Kurung

Untuk Pengetahuan Semua, saya telah membuka tempahan untuk Baju Kurung seperti berikut:-

Baju Kurung Biasa (Pesak Buluh) : RM 25.00
Baju Kurung Riau Pahang (Pesak Gantung) : RM 25.00
Baju Kurung Piping : RM 30.00
Baju Lining : RM 35 (Baju saja) / RM 45 (Full Lining)

Nota: 
Tambahan RM 5 jika baju berbatu.
Tambahan RM 5 utk Jahitan Mata Lalat @ RM 8 utk Jahitan Tulang Belut.
Sekiranya hanya menempah untuk Kemasan Leher, RM 6 untuk mata Lalat @ RM 10 untuk Tulang Belut.

Pengambilan & Penghantaran percuma di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Sebarang pertanyaan, boleh email ke: nora_collection@yahoo.com atau boleh juga call / sms ke : 017-3093567 @ 019-6175229.

Cepat tempahan akan ditutup sebelum Bulan Puasa....

Isnin, 28 Mac 2011

Buku-buku Jahitan & Manik Rosita Jaafar

AKSESORI MANIK / BEADED ACCESORIES

Paling Terbaru & Terhangat di Pasaran.. Buku Aksesori Manik, mengandungi asas jahitan & 60 teknik jahitan aksesori manik seperti rantai, gelang, anting-anting & brooch dari manik, mutiara, & kristal.

Harga : RM 45.00


DVD SULAMAN MANIK & BENANG

Kini berada di Pasaran...HARGA RM99 SAHAJA untuk 2 DVD !!! Mengandungi; 1. 22 TEKNIK SULAMAN MANIK & LABUCI 2. 10 TEKNIK SULAMAN BENANG 3. CARA ASAS GUBAHAN BUNGA MANIK 4. CARA MELAKAR CORAK 5. CARA MEMILIH WARNA MANIK 6. TIPS - CARA MENGGUNAKAN BATU RHINESTONES *** Setiap pembelian DVD ini akan didermakan sebanyak RM1 kepada anak-anak yatim fakir miskin dan mualaf. Semua peryusunan dan peraturan DVD ini telah didaftar kepada FINAS secara rasminya. Kami berharap dapatlah kita semua membantu mereka yang kurang bernasib baik sambil mempelajari ilmu Allah ini dengan penuh keberkatan dan kenikmatan. Amin

Harga : RM 99.00


3D GLAMOUROUS BEADED EMBROIDERY / SULAMAN GLAMOR MANIK 3D


Terbaru di pasaran.Sulaman Glamor Manik 3 Dimensi adalah satu keunikan yang telah dibawa khas dari negara barat dan diolah semula mengikut kehendak masyarakat Malaysia, khususnya bagi yang meminati dunia fesyen. Hasil cantuman ribuan manik-manik membentuk kepingan-kepingan daun, kelopak bunga-bungaan serta bunga-bunga renek sehingga ia menjadi timbul, membuatkan mata tidak berhenti merenung terpukau! Terokai dunia sulaman manik berdimensi dari idea teknik jahitan peyote kerana perkembangan teknik ini telah berjaya menyerlahkan busana agar kelihatan lebih glamor!


Harga : RM 45.00 


MALAY TRADITIONAL ATTIRE / PAKAIAN TRADISI MELAYU

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English. Memaparkan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit dengan terperinci. Jenis-jenis fesyen yang ditunjukkan di dalam buku ini termasuk fesyen untuk kaum lelaki dan wanita. Di antaranya adalah Baju Kurung Pesak Buluh, Baju Kurung Pesak Gantung, Baju Kebaya, Baju Kota Bahru, Baju Kurung Moden dan Baju Melayu Lelaki.

Harga: RM 44.00


BEADS CRYSTAL AND THREAD EMBROIDERY / SULAMAN MANIK KRISTAL DAN BENANG

Buku ini memaparkan bagaimana kombinasi teknik sulaman dapat memperindahkan lagi rekaan anda. Antara teknik-teknik yang ditunjukkan termasuk teknik sulaman benang halus yang telah ditinggalkan di negara ini, teknik peyote menggunakan dua jarum dan penggunaan kristal sebagai penyeri kepada kilauan sulaman manik.

Harga: RM 39.90
BUNGA-BUNGA MANIK / BEADED FLOWER

Harga: RM 44.00

BEADS & SEQUINS EMBROIDERY / SULAMAN MANIK & LABUCI 

MANIK dan LABUCI yang anggun memberikan satu keunikan kepada peminat-peminat fesyen. Kemahiran menghiasi manik dan labuci dengan corak flora dan fauna tropika Asia menonjolkan konsep etnik, grafik dan tradisi imiginasi kreatif. Pasti ianya menambah keserian kilauan kepada pakaian anda.
Gabungan manik dan labuci dan mutiara menghasilkan rekaan unggul. Buku ini memaparkan lebih 35 teknik dan 70 rekaan baru secara intensif yang boleh anda pelajari dalam sulaman manik dan labuci.


Harga : RM 39.90
VARIASI TEKNIK MENJAHIT (Temporary Out Of Stock)

Langkah demi langkah panduan menjahit pakaian wanita.

Harga : RM 21.00

TEKNIK SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG / NYONYA AND KERAWANG EMBROIDERY TECHNIQUES

Harga : RM 44.00
SENI JAHITAN PAKAIAN PENGANTIN (Temporary Out Of Stock)

Buku ini memaparkan lebih daripada 70 jenis rekaan. Cara melakarkan pola asas dengan tepat menikut ukuran individu. Cara asas yang membawa penggemar fesyen memahami dari peringkat awal.
Cara mencantumkan kebaya, baju kurung serta korset yang menjadi idaman setiap penggemar fesyen. Buku ini dapat menjadi panduan utama kerana ia mudah difahami berbantukan gambar dan rajah.
Buku ini dimantapkan lagi dengan rekaan dan lakaran sempurna pakaian petang sesuai dengan majlis formal atau koktail, majlis pembukaan rasmi produk berjenama, majlis perkahwinan atau majlis ulang tahun syarikat.
Buku ini juga memuatkan rekaan-rekaan tradisi, klasik moden, pakaian petang serta pakaian pengantin barat dan tradisi.

Harga: RM 59.00 

SULAMAN BENANG & MANIK LABUCI 


Terdapat 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci dalam buku ini. Mengandungi pelbagai panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Buku ini memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemporari. Ditunjukkan cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan. Setiap contoh sulaman dapat memberi idea sebelum mereka pakaian, alas meja, sarung kusyen, alas pinggan, set alas katil atau hiasan. Disertakan gambar foto dan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman para pembaca.
  
Harga: RM 60.00

SENI JAHITAN PAKAIAN KANAK-KANAK (Temporary out of stock)

Buku ini menyediakan panduan asas membuat pelan, mengunting dan menjahit pakaian
• Memaparkan koleksi pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan yang beraneka fesyen.
• Pelan baju yang mudah diikuti dan dilakar dari umur 2 hingga 7 tahun.
• Gabungan warna dan corak sesuai untuk ke majlis hari jadi dan pakaian harian di rumah.


Harga: RM 48.50

VARIASI SENI JAHITAN (Temporary Out Of Stock)

Buku keluaran pertama ini memaparkan keseluruhan konsep fesyen yang harus diketahui umum bagi mendorong anda menjadi mahir dalam bidang fesyen. Gabungan Imej Personaliti, Melukis Pola, Memotong dan Menjahit, Jahitan Sulaman Manik Labuci dan Benang.
Pemilihan fesyen dalam berpakaian boleh mempengaruhi penampilan dan citra seseorang wanita. Biar apa jua rekaan, sama ada moden atau traditional, yang penting setiap wanita ingin tampil anggun mempersona. Namun begitu, memilih rekaan yang berpadanan dengan diri ada kalanya memeningkan. Ada masanya baju cantik, rekaan menarik tetapi tidak sesuai dengan potongan badan. Kadangkala, semuanya sudah sepadan, tetapi harga pula menjadi halangan.
Dilengkapi dengan panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik dan bergaya.
• Kaedah melukis pola, memotong fabric dan menjahit pola rekaan fesyen. Pelajari 33 jenis rekaan fesyen kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin.
• Panduan menjahit sulaman, ros satin, manik dan labuci bagi menyerikan rekaan fesyen.
• Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
• Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipratikkan sebagai sumber pendapatan.
• Kaedah asas menjahit kemasan kelim tepi.
• Dapat menjimatkan kos menempah malah kemahiran yang dipelajari boleh dipraktikkan sebagai sumber pendapatan.
• Kehalusan seni jahitan sebenarnya begitu mnenyeronokkan untuk dibuat sendiri.


Harga : RM 21.00


Teknik Menjahit Pakaian Kanak-Kanak

Showing you how to do the best way of drafting method.
Layout is important as well which its save for material usage. Steps by steps, showing you how to sew and solve the complicated subjects.

Harga : RM 39.90
TEKNIK MELAKAR CORAK SULAMAN MANIK LABUCI, KRISTAL & BENANG / BEADS, SEQUINS, CRYSTAL & THREAD EMBROIDERY DESIGNING TECHNIQUES

Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English. Menunjukkan cara-cara melakar corak bunga-bungaan, dedaunan serta grafik. Cara pemilihan warna fabrik dan manik labuci. Mengenali erti carta warna secara asas agar sulaman anda dapat diserikan dengan padanan pilihan warna manik yang sesuai.
40 contoh lakaran dari koleksi Busana peserta Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2009, yang boleh jadikan sebagai idea sulaman anda untuk Hari Raya nanti. Bagi anda yang buntu dengan corak rekaan dan masih keliru dengan cara mencorakkan lakaran sulaman atas Baju Kurung Tradisi, pastikan anda mempunyai senaskah buku ini.
 Harga : RM 44.00 

INFO PEMBAYARAN & PENGIRIMAN

- Harga buku-buku tidak termasuk kos pos. Kos pos: RM 7.00 - RM 10.00 bagi Pos Laju/semenjung Malaysia (kadar pos mengikut berat). Untuk tempahan dari Sabah/Sarawak/Luar Negara sila sms untuk kadar bayaran Pos. Bayaran hendaklah dibuat ke dalam akaun Maybank Nor Robaniyah binti Jahron, 114188007925. Boleh juga dibuat melalui Public Bank atau Bank Islam atas permintaan. 

- Kiriman hanya akan dibuat setelah  bayaran dibayar sepenuhnya. Sila sm /email detail pengesahan bayaran dan berikan nama, alamat penghantaran barang & no.tel yg boleh dihubungi. Tempoh penghantaran 3-7 hari waktu bekerja. Sekiranya selepas tempoh 2 minggu masih belum menerima barang, sebarang pertanyaan boleh sms/call 017-3093567. Juga boleh email kepada nora_collection@yahoo.com.


Terima kasih. Selamat Bershopping!!

Jumaat, 18 Mac 2011

Kelas Asas Manik & Labuci di Pahang

Saya akan mengadakan Kelas Asas Jahitan Manik dan Labuci di Bandar Jengka, Pahang pada Sabtu, 09hb April 2011. Kelas dari pukul 10 pg - 2 ptg. Bayaran hanya RM60 sahaja. Semua bahan/peralatan dan minum petang akan disediakan. Kelas adalah terhad 6 - 10 org sahaja. Sila buat tempahan tempat awal. 

Sebarang pertanyaan sila call/sms saya: 019-6175229 / 017-3093567 atau boleh email ke nora_collection@yahoo.com.

Khamis, 17 Mac 2011

Kelas Manik Crumble


Untuk sesiapa yang ingin mempelajari seni jahitan manik crumble, Kelas Manik Crumble akan diadakan pada Rabu, 11 Mei 2011. Tempat di Kota Damansara, Waktu dari 12.00 t/hari - 5.00 ptg. Semua peralatan/bahan & minum petang disediakan. Bayaran RM 150. Deposit RM 50 mesti dibayar untuk sesiapa yang confirm kelas dan baki bayaran dibayar semasa menghadiri kelas. Tempat adalah terhad jadi sila beri pengesahan secepat mungkin. Untuk makluman, kelas ini akan dikendalikan oleh Puan Sofea, tenaga pengajar yang berpengalaman.

Bayaran deposit boleh dibuat ke akaun Nor Robaniyah binti Jahron seperti berikut: 
114188007925 (Maybank)
4849593903 (Public Bank)
14195020087609 (Bank Islam)

Sebarang pertanyaan sila sms/call: 019-6175229 @ 017-3093567 atau email: nora_collection@yahoo.com. Anda boleh juga lawati FB saya: Jahitan Manik dan Baju Kurung.

Jumaat, 4 Mac 2011

Langkah-langkah Jahitan Pintalan

1. Buat garisan lurus untuk memudahkan latihan jahitan anda.
2. Mula jahitan dari awal garisan, masukkan 6 biji manik.
3.Rapikan lurus ikut garisan, cucuk jarum di kain pada manik terakhir. Keluarkan benang di tengah2 antara manik ke-3 & ke-4 sebelah kanan.
4.Susup jarum di bawah deretan manik keluar ke sebelah kiri.
5.Masukkan 6 biji manik lagi, ulangi langkah seperti no 2, 3 & 4. Keluarkan jarum di depan barisan manik pertama. Pastikan benang keluar di tengah2 barisan manik kedua sebelah kanan.
6. Seperti sebelumnya, susup ke sebelah kiri dibawah deretan manik kedua.
7. Rapikan jahitan, dan pintalan mula timbul. Ulangi langkah sehinggalah siap. Selamat mencuba!!