Jumaat, 4 Mac 2011

Langkah-langkah Jahitan Pintalan

1. Buat garisan lurus untuk memudahkan latihan jahitan anda.
2. Mula jahitan dari awal garisan, masukkan 6 biji manik.
3.Rapikan lurus ikut garisan, cucuk jarum di kain pada manik terakhir. Keluarkan benang di tengah2 antara manik ke-3 & ke-4 sebelah kanan.
4.Susup jarum di bawah deretan manik keluar ke sebelah kiri.
5.Masukkan 6 biji manik lagi, ulangi langkah seperti no 2, 3 & 4. Keluarkan jarum di depan barisan manik pertama. Pastikan benang keluar di tengah2 barisan manik kedua sebelah kanan.
6. Seperti sebelumnya, susup ke sebelah kiri dibawah deretan manik kedua.
7. Rapikan jahitan, dan pintalan mula timbul. Ulangi langkah sehinggalah siap. Selamat mencuba!!

Tiada ulasan: