Selasa, 16 September 2008

Manik Tabur


Sebelum jahit manik tabur.




Manik tabur yang telah siap untuk baju pengasuh baby saya Ita. Ni bahagian lengan je. Bahagian leher belum siap lagi. Tengah dalam proses...



Kebaya Coklat







Baju ni di tempah untuk hadiri persandingan anak Kak Maznah. Tangan dia saya buat manik tabur & badan baju saya highlight simple dengan jelulur 3 manik. Baju ni saya pakai untuk pegi kenduri atau special dinner je. Tapi ingat hari raya ni boleh la jugak melaram dengan baju ni.. Gambar agak gelap, tak nampak warna manik yg sebenar sebab pakai kamera h/p. hu hu hu..



Baju Persandingan Ika


Baju ni untuk bersanding Ika, anak Kak Maznah. Anak dia bersanding bulan May lepas tapi baru sekarang dapat upload gambar. Gambar ni pun cuma pakai kamera handphone je. Gambar sebelum jahit manik & selepas jahit. Bila dah siap jahit satu baju, terlupa pulak nak tangkap gambar keseluruhan baju. Hari tu masa hadir di persandingan anaknya Ika yg dibuat di Dewan Taman Tun Dr Ismail memang cantik dia di atas pelamin dengan pakaian hasil kerja tanganku. chewah...