Isnin, 24 Januari 2011

Tempahan Baju Kurung

Untuk pengetahuan semua, saya mula mengambil tempahan baju kurung biasa. Tempahan ini untuk Hari Raya Aidilfitri dan tempahan akan ditutup pada hujung bulan Jun 2011. Tempahan ditutup awal kerana bimbang tempahan tidak sempat disiapkan kerana saya juga mengambil tempahan jahitan manik. Berikut senarai harga:

Baju kurung biasa : RM 25 (Alas leher @ mata lalat)
Baju kurung biasa dengan jahitan manik 1 layer : RM 55 (Harga biasa RM 60)
Baju kurung piping : RM 30
Baju kurung piping dengan jahitan manik 1 layer: RM 60 (Harga biasa RM 65)
Baju kurung lining : Dipertimbangkan.

Untuk tempahan baju kurung kanak2..harga mengikut umur/saiz baju..dari RM 15 ke atas. Tempahan mestilah hanya mengikut ukuran baju contoh sahaja.

Tempahan diterima untuk penghantaran walk-in. Jika mahu saya membuat pengambilan & penghantaran baju, minimum 4 pasang baju ke atas sahaja & hanya kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, Damansara, Kg Subang & kawasan terdekat. Caj Pengambilan & Penghantaran RM 5 akan dicaj setiap pengambilan @ penghantaran.

P/S: Tempahan jahitan langsir ditutup bermula bulan Mac 2011. 

Sebarang pertanyaan mengenai tempahan sila email ke nora_collection@yahoo.com / nora_nis@yahoo.com atau boleh call / sms saya di 019-6175229 / 017-3093567.

Tiada ulasan: